Thursday, December 17, 2009

Penterjemahan

Pasal penterjemahan. Aku mempunyai kelemahan banyak berfikir yang tak teratur dan bersepah2 serta tak fokus.

Pasal penterjemahan aku masih tak ada pendirian tetap.

Aku ada merancang pendidikan mengenai PERUBATAN dalam bahasa melayu.

Istilah2 seboleh2nya tidak meniru bahasa inggeris.

Pandangan aku la.....bahasa melayu semakin mundur akibat kita mengabaikan Islam. Eh btol ke

Setakat ni dari sudut pandang sejarah menunjukkan bangsa2 yg maju mengutamakan penterjemahan ilmu dan belajar dalam bahasa sendiri.

kebangkitan islam---antara sebab penterjemahan ilmu2 greek
kebangkitan eropah---antara sebab ialah penterjemahan karya2 arab
kebangkitan jepon...korea.. wat so eva banyaknye penterjemahan dimajukan

bangsa india dan filipina belaja dalam bahasa inggeris ape jadi pade mereka?

moga menemui jawapan----projek penterjemahan ....yeay!

Tuesday, December 15, 2009

Fikir2kan

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1? dalam Islam dengan nombor “1? dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Bagi mereka yang tak mendalami ilmu botani, kalau masuk hutan semua pokok sama sahaja, tak kira di barat atau timur, sama-sama hijau belaka. Tapi bagi mereka yang dalami macam kaum orang asli, setiap ekar tanah hutan mengandungi beratus spesies pokok yang berlainan, ada yang jadi ubat, racun, sumber makanan dan sebagainya. Jadi bagi mereka yang kenal ilmu matematik, tulisan nombor satu (1) mungkin seakan-akan sama, tapi faham kesatuan “satu” itu berbeza-beza di kalangan pelbagai budaya, malah dari sudut pandang bidang berlainan sekali pun. Contohnya, konsep “satu” dalam teologi sudah lain daripada konsep “satu” dalam teori angka (number theory), dan begitu-lah seterusnya. Jadi usah pukul borong semata-mata dari jauh tanpa teliti. Paul Feyerabend pun akui sains barat tak semesti baik 100%, malah mungkin ada juga sains lain yang jauh lebih baik daripada sains barat. Jadi semua sains tak sama, ada yang jadi ubat, ada yang jadi racun pembunuh macam sains barat moden ini.